Friday, December 26, 2014

baju jarang

meninggikan bangunan

Add caption
berlumba lumba membina bangunan tinggi

arab sudah jadi sungai

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim



Add caption
Add caption




Add caption
Add caption

Add caption

70 tanda kecil sudah berlaku


SHARES

1. Diutusnya Nabi Muhammad SAW.
Jarak masa Aku diutus dan hari kiamat seperti dua jariku ini, dan Baginda mengisyaratkan dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya.
Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah
Masa dunia yang tersisa bagi umatku hanyalah seperti waktu yang tersisa dari suatu hari apabila solat Asar telah dilaksanakan.
Hadis Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah Bin Umar melalui Mughirah bin Hakim
2. Bulan terbelah.
Telah dekat hari kiamat dan telah terbelah bulan.
Surah Al Qamar ayat 1
3. Penaklukan Baitul Muqaddis.
Ketahuilah ada enam peristiwa menjelang kiamat, iaitu, kematianku, kemudian penaklukan Baitul Muqaddis…
Sahih Bukhari dari Auf Bin Malik pada Kitabul Jizyah Wal Muwada’ah Juz 6
4. Pertempuran dua kelompok besar dari kaum Muslimin.
Tidak akan berdiri hari kiamat sehingga dua kelompok yang besar dari kaum Muslimin sering berperang dengan satu seruan (slogan kebenaran) yang sama…
Hadis dari Sahih Bukhari, Ahmad, Muslim dari Abu Hurairah
5. Kematian besar-besaran disebabkan wabak penyakit berjangkit.
Ketahuilah ada enam peristiwa menjelang kiamat, iaitu kematianku kemudian penaklukan Baitul Muqaddis kemudian terjadinya kematian besar-besaran yang disebabkan oleh wabak penyakit yang akan menimpamu seperti penyakit Qu’as yang menimpa kambing.
Hadis dari Sahih Bukhari
6. Munculnya api di Hijjaz (wilayah di Arab Saudi dimana kota Madinah dan Mekah terletak).
Tidak akan berdiri hari kiamat sehingga keluar api dari negeri Hijjaz yang akan menerangi leher-leher unta di Basrah.
Sahih Bukhari nombor 7118.
Keenam-enam tanda-tanda kiamat kecil diatas telah pun berlaku sejak zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan tabi’in. Tanda kiamat kecil yang mula-mula sekali berlaku adalah diutusnya Rasulullah SAW dan wafatnya baginda. Itulah tanda pertama tanda-tanda kiamat kecil dan batu tanda bahawa akhir zaman sudah pun bermula sejak 1400 tahun yang lalu. Tanda lain seperti bulan terbelah bermaksud mukjizat Rasulullah SAW yang dipertunjukkan kepada kaum kafir Quraisy yang engkar dengan seruan Nabi Muhammad SAW. Mereka engkar lalu menuduh Nabi bukan-bukan seperti ahli sihir dan sebagainya, lalu dengan izin Allah SWT, mukjizat bulan terbelah terjadi di hadapan mereka tetapi masih ada lagi dari golongan kafir Quraisy yang degil dengan kebenaran mukjizat Rasulullah SAW tersebut. Seterusnya penaklukan Baitul Muqaddis oleh Tentera Islam pimpinan Umar Al Khattab, Umar Al Khattab telah berjaya menakluki Baitul Muqaddis dari pemerintahan kerajaan Byzantine dalam kempen membebaskan penduduk Baitul Muqaddis yang tertindas di bawah pemerintah Byzantine. Penduduk Baitul Muqaddis memohon pertolongan dari Umar Al Khattab dan Tentera Islam, lalu berjaya membebaskan Baitul Muqaddis dengan izin Allah SWT. Peristiwa penaklukan ini pula bukanlah dengan jalan peperangan melainkan dengan jalan damai dimana para penduduknya meminta perdamaian dari tentera Islam pimpinan panglima perang Abdullah Bin Jarrah dengan kesediaan membayar jizyah kepada kerajaan Islam.
Pertempuran dua kelompok kaum Muslimin yang berlaku iaitu Perang Jamal dan Perang Siffin. Kedua-dua perang menyaksikan pertempuran sesama saudara Islam yang berlaku tak lama dari zaman khalifah Uthman meninggal dunia akibat dibunuh dan perlantikan Khalifah Ali sebagai khalifah umat Islam. Perang yang melibatkan Aisyah menentang Ali pada Perang Jamal dan Ali melawan Muawiyah dalam Perang Siffin dimana ia berakhir dengan Majlis Tahkim yang memunculkan kelompok Khawarij. Perang saudara ini adalah tanda-tanda kiamat kecil yang sudah pun berlaku pada zaman sahabat.
Kematian besar-besaran berlaku akibat penyakit berjangkit iaitu ta’un telah berlaku pada zaman khalifah Umar Al Khattab sejurus selepas penaklukan Baitul Muqaddis. Kematian yang disebabkan penyakit termasuk dalam mati syahid bagi sesiapa yang dikehendaki Allah SWT.
Kemunculan api di Hijjaz sehingga menerangkan leher-leher unta di Basrah ada diceritakan di dalam kitab Fathul Bari juz 13, kitab Fitan, kitab At Tadzkirah oleh Imam Qurtubi dan kitab Asyratussaah oleh Al Barzanji. Dari Imam Qurtubi berkata.
“Telah keluar api dari negeri Hijjaz dari Kota Madinah yang dimulai dengan goncangan yang dahsyat pada malam Rabu bulan Jamadil Akhir tahun 654 Hijrah.”
Manakala, Imam Nawawi pula berkata.
“Pengetahuan akan keluarnya api ini sudah tidak perlu diragukan lagi (mutawatir/sahih) bagi semua penduduk Syam.”
Al Barzanji pula mencatatkan.
“Bahawa api tersebut berlanjutan selama tiga bulan sedangkan ia melelehkan batu dan tidak membakar pohon kayu.”
Al Qadhi Shadruddin Al Hanafi berkata.
“Ayah saya mengkhabarkan kepada saya bahawa banyak dari orang Arab di Basrah menyaksikan leher unta-unta mereka disinari oleh api tersebut.”
Tanda-Tanda Kecil Kiamat Yang Sudah Pun Berlaku Selepas Zaman Para Tabi’in Sehingga Zaman Sekarang.
Tuan-tuan dan puan-puan, mari kita periksa satu persatu tanda-tanda kecil akhir zaman ini yang Admin catatkan. Ada atau tidak yang belum lagi berlaku. Admin senaraikan satu persatu seperi senarai semak. Jika ada yang belum berlaku, sila laporkan pada Admin di laman page FB Sejagat Raya – Cetusan Alam Sejagat. Bagi Admin, SEMUANYA SUDAH PUN BERLAKU. Jom baca dan periksa kejap.
1) Wanita yang melahirkan anak, anak itu menjadi tuannya pula.
2) Orang yang bodoh dijadikan pemimpin.
3) Orang yang miskin pada mulanya kemudian menjadi kaya raya dan mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi-tinggi.
4) Zina berleluasa.
5) Pemakaian sutera berleluasa.
6) Minuman keras, arak dan tuak diminum secara terang-terangan dan berleluasa.
7) Alat muzik, bunyi muzik dan nyanyian sangat berleluasa.
8) Munculnya para penyanyi wanita dengan berleluasa dalam masyarakat manusia.
9) Ramai manusia tenggelam ke dalam tanah akibat runtuhan bangunan, tanah runtuh dan gempa bumi.
10) Perkara keji tersebar dan bangga melakukannya di khalayak ramai.
11) Orang-orang yang khianat dipercayai seratus peratus manakala orang yang jujur tidak dipercayai langsung.
12) Hubungan silaturrahim diputuskan.
13) Orang-orang yang hina peribadinya mudah sahaja naik pangkat dan kedudukannya, manakala orang-orang yang mulia pekertinya selalu turun pangkat dan dibuli.
14) Segala urusan diserahkan kepada orang yang salah dan bodoh.
15) Amanah yang diberikan disia-siakan.
16) Merasa kagum dengan orang-orang yang langsung tidak beriman kepada Allah SWT baik karakternya atau kata-katanya.
17) Orang-orang berjalan kaki dengan gaya angkuh dan sombong seolah-olah merasa dialah yang berkuasa dan hebat.
18) Musuh-musuh orang Islam berlumba-lumba mendapatkan kaum Muslimin.
19) Salam hanya diucapkan kepada mereka yang dikenali sahaja. Tak kenal, tak bagi salam pun lagi buat tak tahu ada.
20) Manusia tidak endah atau berhati-hati lagi untuk mencari rezeki yang halal. Asalkan sedap dan nikmat dibalunnya sahaja.
21) Berbohong amalan biasa.
22) Meningkatnya perdagangan dan kemunculan pasar-pasar tak kira pasaraya, supermarket, hypermarket dan mall.
23) Wanita ikut bekerja seperti lelaki.
24) Banyaknya saksi palsu.
25) Saksi benar disembunyikan.
26) Berkembangnya kegiatan penulisan, tak kira blog, buku, laman sosial dan lain-lain.
27) Masjid dijadikan tempat perlancongan.
28) Mengembungnya bulan di angkasa, maksudnya, bulan semakin besar kerana semakin dekat, tetapi sains astronomi memberitahu bulan semakin jauh. Ye ke ? air laut sudah banyak menenggelamkan kawasan-kawasan tertentu di muka bumi, adakah disebabkan pencairan ais di kutub Utara atau selatan ? Pencairan ais (pemanasan global) adalah isu ‘hoax’ peringkat global, Inshaa Allah, Admin akan tulis tentang isu ini.
29) Banyak kejadian mati mengejut.
30) Bilangan anggota polis ditambah dan terus bertambah untuk mengawal keselamatan.
31) Amanah dipandang ringan.
31) Darah mudah mengalir akibat perang, pembunuhan, bencana dan penyakit.
32) Manusia menjadikan bacaan Al Quran sebagai nyanyian, bukan Tarannum yang dimaksudkan sebenarnya, lain daripada itu dan sudah pun berlaku baru-baru ini, Al Quran dijadikan nyanyian koir dan orkestra.
33) Ilmu dituntut daripada orang yang bukan ahli ilmu tersebut.
34) Anggota polis menyakiti rakyat marhaen.
35) Ramai wanita membuka aurat
36) Manusia megah kerana membangunkan masjid besar-besar.
37) Orang-orang yang dah beruban mewarnakan rambutnya dengan warna hitam.
38) Adanya keinginan mendalam untuk melihat Nabi Muhammad SAW.
39) Munculnya keinginan untuk mati.
40) Rumah dan kenderaan untuk syaitan.
41) Munculnya kenderaan
42) Pembunuhan sesama manusia tanpa tujuan.
43) Hidup mewah, manja, boros dan duduk dalam zon selesa.
44) Mengikut budaya orang Kristian dan Yahudi.
45) Umat Islam terbahagi kepada beberapa kelompok dan aliran.
46) Bacaan Al Quran sebagai barang perdagangan.
47) Muncul para pengingkar Sunnah.
48) Munculnya kaum Khawarij.
49) Kurangnya keberkatan waktu.
50) Amal jadi berkurangan.
51) Tersebarnya sifat kedekut.
52) Muncul fitnah-fitnah yang menyesatkan.
53) Banyak berlaku pembunuhan sesama Islam.
54) Diangkatnya ilmu dan tersebarnya kejahilan.
55) Banyak berlaku gempa bumi.
56) Harta umum negara menjadi milik perseorangan.
57) Manusia berat melaksanakan syariat agama.
58) Seorang lelaki bersikap keras kepada ayah kandungnya sendiri tetapi bersifat enjoy dengan kawan-kawannya.
59) Manusia bersuara tinggi di masjid-masjid.
60) Agama dipelajari bukan untuk kemaslahatan agama.
61) Seseorang dihormati kerana kejahatannya yang dilakukan.
62) Anak-anak akan menjadi pemarah.
63) Hujan menjadi bencana.
64) Iraq diboikot dan disekat makanan masuk ke dalam negaranya.
65) Wilayah Syam terkepung dan diboikot.
66) Harga barang mahal dan melambung naik.
67) Fitnah dan ideologi buruk memasuki setiap rumah. Pada pandangan Admin, TV, internet, radio dan lain-lain.
68) Lari dari medan perang dan ujian kesusahan.
69) Turki akan menyerang Iraq. Dulu, Turki pernah menyerang kawasan sempadan Iraq-Turki untuk mengejar puak Kurdis.
70) Gencatan senjata dan perdamaian antara kaum Muslimin dan Rom.
70 kejadian tanda-tanda kecil kiamat ini sudah pun terjadi, tanda yang bernombor 70 ini banyak maksudnya, Perang Salib yang berlaku dahulu pun sebahagian daripada tanda bernombor 70. Apa pun, Admin yakin bahawa semua tanda-tanda sudah pun berlaku. Pada masa akan datang, Admin akan menulis perihal Subjek Akhir Zaman dengan jauh lebih terperinci lagi. Inshaa Allah.
Kredit: Sejagat Raya

lagi tanda kiamat

 
Assalamualaikum dan salam sehagtera.
 
KEDATANGAN PENYAKIT MEMBUNUH SALAH SATU TANDA-TANDA KIAMAT
 
Oleh
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
 
Tentang datangnya hari Kiamat, maka tidak ada seorang pun yang mengetahui, baik Malaikat, Nabi, maupun Rasul, masalah ini adalah perkara ghaib dan hanya
Allah Subhanahu wa Ta’ala sajalah yang mengetahuinya. Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat-ayat Al-Qur-an dan hadits-hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi
wa sallam yang shahih.
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
 
“Mereka bertanya kepadamu tentang Kiamat: ‘Kapankah terjadinya.’ Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah pada sisi Rabb-ku;
tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi.
Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.’ Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: ‘Sesungguhnya
pengetahuan tentang hari Kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.’” [Al-A’raaf: 187]
 
Juga firman-Nya:
 
“Manusia bertanya kepadamu tentang hari Berbangkit. Katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan tentang hari Berbangkit itu hanya di sisi Allah.’ Dan tahukah
kamu wahai (Muhammad), boleh jadi hari Berbangkit itu sudah dekat waktunya.” [Al-Ahzaab: 63]
 
Juga ketika Malaikat Jibril Alaihissalam mendatangi Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian bertanya:
“Kabarkanlah kepadaku, kapan terjadi Kiamat?”
Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallammenjawab:
“Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” [1]
 
Meskipun waktu terjadinya hari Kiamat tidak ada yang mengetahuinya, akan tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala memberitahukan kepada Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi
wa sallam tentang tanda-tanda Kiamat tersebut. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyampaikan kepada ummatnya tentang tanda-tanda Kiamat.
Para ulama membaginya menjadi dua: (pertama) tanda-tanda kecil dan (kedua) tanda-tanda besar.
 
Tanda-tanda kecil sangat banyak dan sudah terjadi sejak zaman dahulu dan akan terus terjadi di antaranya adalah wafatnya Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wa sallam, munculnya banyak fitnah, munculnya fitnah dari arah timur (Iraq), timbulnya firqah Khawarij, munculnya orang yang mengaku sebagai Nabi, hilangnya
amanah, diangkatnya ilmu dan merajalelanya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang bermain musik[2] , banyak orang yang minum khamr (minuman
keras) dan merebaknya perjudian, masjid-masjid dihias, banyak bangunan yang tinggi, budak melahirkan tuannya, banyaknya pembunuhan, banyaknya kesyirikan,
banyaknya orang yang memutuskan silaturrahim, banyaknya orang yang bakhil, wafatnya para ulama dan orang-orang shalih, banyaknya orang yang belajar kepada
Ahlul Bid’ah, banyaknya wanita yang berpakaian tetapi telanjang[3], dan lain-lainnya. [4]
 
Banyak sekali dalil tentang hal ini, diantaranya sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam :
 
“Perhatikanlah enam tanda-tanda hari Kiamat:  
 
(1) wafatku,  
 
(2) penaklukan Baitul Maqdis,  
 
(3) wabak kematian (penyakit yang menyerang haiwan sehingga mati mendadak) yang menyerang kalian bagaikan wabak penyakit qu’ash yang menyerang kambing dan
manusia. 
 
(4) melimpahnya harta hingga seseorang yang diberikan kepadanya 100 dinar, ia tidak rela menerimanya,  
 
(5) timbulnya fitnah yang tidak meninggalkan satu rumah orang Arab pun melainkan pasti memasukinya, dan  
 
(6) terjadinya perdamaian antara kalian dengan bani Asfar (bangsa Romawi), namun mereka melanggarnya dan mendatangi kalian dengan 80 kelompok besar pasukan.
Setiap kelompok itu terdiri dari 12 ribu orang.” [5]
 
Juga sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
 
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari Kiamat adalah : diangkatnya ilmu, tersebarnya kebodohan, diminumnya khamr, dan merajalelanya perzinaan.” [6]
 
Kemudian munculnya tanda-tanda yang kedua, yaitu tanda-tanda Kiamat yang besar sebagai tanda telah dekatnya hari Kiamat. Penulis khususkan pembahasan tentang
sebagian tanda-tanda Kiamat yang besar, karena ada sebagian orang (golongan) yang menolak tentang tanda-tanda besar tersebut berdasarkan akal, ra’yu dan
hawa nafsu. Padahal para ulama Ahlus Sunnah sudah membahas permasalahan ini dalam kitab-kitab tafsir, kitab-kitab hadits, dan kitab-kitab ‘aqidah mereka.
 
Pembahasan mengenai permasalahan ini mengikuti jejak para ulama Ahlus Sunnah dalam kitab-kitab mereka, seperti dalam kitab Syarhul ‘Aqiidah ath-Thahaawiyyah
[7] dan kitab-kitab lainnya.
 
Ahlus Sunnah wal Jama’ah mengimani tentang adanya tanda-tanda Kiamat yang besar (kubra) seperti,[8] keluarnya Imam Mahdi, Dajjal, turunnya Nabi ‘Isa Alaihissalam
dari langit, Ya’juj dan Ma’juj, terbitnya matahari dari barat, dan yang lainnya.
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
 
“Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan Malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Rabb-mu atau kedatangan sebagian
tanda-tanda Rabb-mu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengu-sahakan kebaikan
dalam masa imannya. Katakanlah: ‘Tunggulah olehmu sesungguhnya kami pun menunggu (pula).’” [Al-An’aam: 158]
 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
 
“Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga kalian melihat sepuluh tanda:  
 
(1) penenggelaman permukaan bumi di timur,
 
(2) penenggelaman permukaan bumi di barat,
 
(3) penenggelaman permukaan bumi di Jazirah Arab,
 
(4) keluarnya asap,
 
(5) keluarnya Dajjal,
 
(6) keluarnya binatang besar,
 
(7) keluarnya Ya’juj wa Ma’juj,
 
(8) terbitnya matahari dari barat, dan
 
(9) api yang keluar dari dasar bumi ‘Adn yang menggiring manusia, serta
 
(10) turunnya ‘Isa bin Maryam Alaihissalam.” [8]
 
[Disalin dari kitab Syarah Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka Imam Asy-Syafi'i, PO BOX 7803/JACC 13340A.
Cetakan Ketiga Jumadil Awwal 1427H/Juni 2006M]
_________
Footnotes
[1]. HSR. Muslim (no. 2, 3, 4 dan 8), Abu Dawud (no. 4605, 4697), at-Tirmidzi (no. 2610), Ibnu Majah (no. 63) dan Ahmad (I/52).
[2]. Musik di dalam Islam hukumnya haram, sebagaimana haramnya khamr, zina, perjudian, dan lain-lain.
[3]. Terbukanya aurat termasuk dosa besar.
[4]. Untuk mengetahui lebih lengkap, lihat Asyraathus Saa’ah (hal. 57-235), oleh Dr. Yusuf bin ‘Abdillah al-Wabil.
[5]. HR. Al-Bukhari (no. 3176), dari Sahabat ‘Auf bin Malik z.
[6]. HR. Al-Bukhari (no. 80).
[7]. Lihat Syarhul ‘Aqiidah ath-Thahaawiyyah (hal. 499) tahqiq Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani.
[8]. Untuk lebih lengkapnya lihat an-Nihaayah fil Fitan wal Malaahim karya Ibnu Katsir, tahqiq Ahmad Abdusy Syaafi’, cet. Daarul Kutub al-Ilmiyah 1411
H, Asyraathus Saa’ah oleh Dr. Yusuf al-Wabil, cet. Maktabah Ibnul Jauzi, Qishshatul Masiih ad-Dajjaal wa Nuzuuli ‘Isa Alaihissalam wa Qatlihi Iyyaahu oleh
Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albany, cet. Maktabah Islamiyyah dan Fashlul Maqaal fii Raf’i ‘Isa Hayyan wa Nuzuulihi wa Qatlihid Dajjaal oleh Dr. Muhammad
Khalil Hirras, cet. Maktabah As-Sunnah.
HR. Muslim (no. 2901 (40)), Abu Dawud (no. 4311), at-Tirmidzi (no. 2183), Ibnu Majah (no. 4055), Imam Ahmad (IV/6), dari Sahabat Hudzaifah bin Asiid Radhiyallahu
'anhu dan ini lafazh Muslim. At-Tirmidzi berkata: “Hadits ini hasan shahih.” Hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir dalam Tahqiiq Musnadil Imaam
Ahmad (no. 16087).  
 
 
sekian wassalam
 
yang benar
Kakros.
 

tanda kecil dan besar



tanda kecil


1) Penaklukan Baitulmuqaddis Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

 2) Zina bermaharajalela “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

 3) Bermaharajalela alat muzik “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

 4) Menghias masjid & membanggakannya “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

 6) Ramai orang soleh meninggal dunia “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani

 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

 10) Bulan sabit kelihatan besar “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani

 11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita “Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

 12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

 14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda “Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

 15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam “Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya.. Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.

Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslimi)

 Keterangan: Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. Gempa bumi di Timur. Gempa bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

 Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit).

Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya